Google telah mengeluarkan aplikasi yang dihasilkan kerajaan Malaysia daripada Play Store. Sebuah aplikasi yang dianggap sebagai anti-LGBT bernama Hijrah Diri – Homoseksualiti yang dihasilkan oleh anak tempatan dan disokong oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah dianggap melanggar garis panduan Google.

Bagaimanapun, aplikasi ini sebenarnya sudah mula diperkenalkan sejak 2016 lagi dan mula popular beberapa hari yang lalu apabila pihak Jakim mula mempromosikannya di laman Twitter milik mereka dan dikecam oleh orang ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Aplikasi Hijrah Diri – Homoseksualiti didakwa mampu untuk mengubah fitrah kumpulan LGBT dan membawa mereka kembali kepada keadaan semula jadi. Aplikasi tersebut menawarkan e-buku yang memperincikan pengalaman seorang lelaki ‘gay’ yang sudah bertaubat dan meninggalkan perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

“Setiap kali aplikasi dilaporkan kepada kami, kami akan melihat dasar Play Store dan jika terdapat pelanggaran, kami akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengekalkan kepercayaan untuk semua,” kata Google dalam satu kenyataan kepada The Guardian.

The Vocket pernah melaporkan kewujudan aplikasi ini pada 2018, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa kandungan aplikasi ini adalah perkongsian ayat Al-Quran untuk rujukan, artikel dan saluran untuk berinteraksi secara langsung dengan pakar.

Menurut Malay Mail, aplikasi itu diterbitkan oleh pembangun aplikasi Raxbit yang berpangkalan di Alor Setar, Kedah. Ia dibangunkan dengan kerjasama Yayasan Ihtimam Malaysia, sebuah yayasan sosial berpangkalan di Putrajaya dan Raja Permaisuri Agong sebagai penaungnya.

Pengasas Raxbit Rafiq Sharman Khamis turut mengesahkan di Facebook bahawa aplikasi itu telah digantung di Gedung Google Play sambil memetik “serangan” daripada komuniti LGBT.

Sebelum dialih keluar, pegawai Jakim Mohd Izwan Md Yusof juga dalam Facebook miliknya menyeru agar rakan seagamanya untuk menilai aplikasi itu dengan lima bintang bagi menentang ulasan negatif daripada netizen.

Sementara itu, penyelidik Amnesty International Malaysia Rachel Chhoa-Howard melihat aplikasi tersebut sebagai berbahaya dan bersikap benci. Menurutnya, terapi penyembuhan yang diterapkan kepada golongan LGBT akan memberi kesan negatif kepada kumpulan tersebut.

“Terapi penyembuhan adalah amalan yang sangat diskriminasi dan berbahaya yang boleh menyebabkan kemudaratan jangka panjang kepada mereka yang tunduk kepadanya. Ia telah menjadi jenayah di banyak negara,” jelasnya. “Kami menyeru pihak berkuasa Malaysia untuk segera meninggalkan penggunaan Hijrah Diri, dan sebaliknya memastikan penghormatan dan perlindungan hak LGBTI di negara ini.”

Kerajaan perkenal E-Book ‘Hijrah Diri-Homoseksualiti’ untuk membantu golongan LGBT. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Kerajaan Perkenal E-Book ‘Hijrah Diri-Homoseksualiti’ Untuk Membantu Golongan LGBT

Sambutan Hari Wanita Sedunia Jadi Medan LGBT ‘Tunjuk Perasaan’?

‘Allah Sangat Baik Pada Saya’ – Kisah Lelaki Ini Hijrah Keluar Dari Kelamnya Dunia LGBT