Lebih kurang 4 tahun lepas ketika saya pertama kali menggunakan telefon pintar yang mempunyai sistem operasi Android. Google pada waktu itu terkenal dengan aplikasi Google Talk yang seterusnya dijenamakan semula Google Hangout.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

cmngkj_xaaetjnl

Inisiatif Google bagi menjadikan Google Hangout sebagai pioneer kepada aplikasi permesejan nampaknya gagal dengan sangat teruk jika dibandingkan dengan aplikasi-aplikasi yang lain seperti Messenger, Whatsapp dan WeChat. Bukan kerana aplikasi tersebut yang meghadapi masalah tetapi penggunaan email seolah-olah telah membataskan penggunaan pengguna berbanding pengguna no telefon.

Google akhirnya sedar akan perkara ini dan mewujudkan Google Allo. Sebuah aplikasi yang dapat digunakan pada telefon pintar Android dan iOS. Apa yang pelik dengan idea Google kali ini, Google tidak menjenamakan semula Google Hangout, tetapi mewujudkan Google Allo sebagai sebuah aplikasi tersendiri.

1-Expressiveness_animation_v4-GIF_abbrev

Google Allo dilengkapi dengan beberapa fungsi menarik dimana pengguna dibenarkan untuk mengedit gambar sepertimana aplikasi Snapchat. Apa yang lebih memudahkan pengguna, fungsi quick reply yang mungkin sudah lama terdapat pada telefon pintar yang lain disertai pada Google Allo.

Aplikasi Google Allo juga dilengkapi dengan cadangan tentang apa yang perlu anda reply kepada rakan anda. Contohnya jika rakan anda menghantar gambar graduasi, Google akan menganalisa gambar tersebut sebelum mengeluarkan cadangan ‘Congratulation’. Agak menarik dan dalam masa yang sama agak menyeramkan bukan? Jangan risau, Google mengesahkan mereka tidak akan menyimpan data gambar yang dihantar oleh pengguna.

Adakah anda rasa anda akan beralih ke Google Allo selepas ini dengan fungsi-fungsi yang ditawarkan? Atau anda lebih selesa dengan aplikasi sedia ada seperti Whatsapp dan Telegram?. Kongsikan dengan kami pendapat anda di ruangan komen di bawah.

2-Smart-Replies_animation_v6-GIF_abbrev

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group