Dalam usaha untuk menjadikan sejarah sebagai medium pembelajaran yang interaktif, Google baru-baru ini telah mengumumkan sebuah fungsi terbaru pada aplikasi Google Arts And Culture untuk membolehkan orang ramai menjumpai tokoh yang mempunyai wajah seiras seperti anda.

Menggunakan teknologi Artificial Intelligence atau lebih dikenali dengan AI, Google akan mengecam wajah anda mirip tokoh yang manakah berdasarkan swafoto yang diambil. Menarik bukan?

Berikut merupakan antara gambar mereka yang sudahpun mencuba aplikasi Google Arts dan Culture untuk mencari wajah tokoh yang mirip. Lebih menarik mereka telah melawat muzium tersebut untuk mengambil gambar bersama ‘kembar’ mereka.

Buat anda yang berminat mencari ‘kembar’ anda, anda boleh mencubanya dengan memuat turun aplikasi Google Arts And Culture yang tersedia di platform Android dan iOS. Hanya dengan semudah swafoto, anda berpeluang mengenal dan mengetahui tokoh yang mempunyai wajah yang mirip seperti anda.

Anda juga boleh melawati ke laman Google Arts And Culture untuk mempelajari sejarah dengan cara yang lebih menarik dan interaktif.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group