Jika anda pernah mendengar aplikasi Screenshop yang diperkenalkan oleh Kim Kardashian, Style Match akan berfungsi hampir sama seperti aplikasi tersebut. Style Match akan membantu pengguna Andriod untuk mencari bukan sahaja baju, seluar, kasut bahkan buku. Aplikasi ini akan berfungsi dengan sokongan aplikasi Google Lens.

Anda hanya perlu halakan kamera telefon anda ke arah item tersebut dan Style Match akan membantu anda mencari item tersebut dalam senarai online shopping. Item tersebut akan dikenal pasti melalui warna, corak atau rekaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika Style Match gagal menemukan item tersebut, ia akan mengesyorkan produk yang mempunyai ciri atau rupa yang hampir sama untuk anda. Lihat video yang kami sertakan untuk memahami cara penggunaan aplikasi ini.