Sebelum ini pihak Google telah mencipta beberapa aplikasi yang menggunakan Artificial Intelligent (AI) yang membantu pengguna untuk memudahkan urusan harian. Kini syarikat gergasi itu kembali dengan sebuah lagi projek yang turut menggunakan AI dikenali sebagai ‘Move Mirror’.

Menurut laporan Business Insider, projek ini membenarkan pengguna untuk membuat carian gambar mengikut postur tubuh yang ditunjukkan oleh pengguna. Carian gambar ini akan menggunakan kamera pada komputer riba seterusnya perisian projek ini akan mengenalpasti postur yang dipamerkan.

Carian ini akan membenarkan gambar tersebut seolah-olah ‘menari’ bersama anda setiap kali anda membuat pergerakan. Projek ini pastinya akan membantu untuk memudahkan carian gambar.