Bagi peminat tegar permainan video di telefon pintar pasti anda sudah terbiasa menonton klip video iklan untuk mendapatkan koin atau nyawa tambahan kepada karakter anda. Klip video tersebut merupakan ciri perngiklanan dari AdMobs Google untuk pencipta permainan video.

Usaha Google semakin rancak dalam memperkenalkan video iklan dalam aplikasi yang dikenali sebagai ‘rewarded ads’. Google juga memperkenalkan rangkaian pengguna yang sama kepada Universal App Campaign (UAC) untuk memudahkan para pencipta permainan video untuk mencari kumpulan pasaran yang mempunyai minat yang sama dengan pemainan yang sedia ada.

e02213065-uac-benefits-blogpost-graphic-jul17-image-3_v10

Terbaru, Google memperkenalkan dua bentuk ‘rewarded ads’ yang bakal dilancarkan beberapa bulan lagi iaitu ‘playable ads’ dan ‘ multiple-option video ads’. Melalui pendekatan ini syarikat pengeluar boleh mengaut keuntungan melalui permainan tersebut, dalam masa yang sama dapat memastikan para pemain tidak merasa terganggu dengan iklan tersebut.

Sekiranya anda merupakan individu yang terlibat di dalam industri ini, kehadiran fungsi ini terbaru pastinya merupakan berita baik buat anda untuk mensasarkan iklan anda kepada mereka yang berminat.