Selepas beberapa minggu hadir dengan beberapa spekulasi, Google pada minggu ini telah mengumumkan mereka bersedia untuk membeli sebahagian daripada pasukan HTC yang membangunkan Google Pixel dan Pixel XL dengan nilai pembelian yang tinggi.

google-pixel-xl-top-back-1500×1000

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jumlah yang dipersetujui buat kedua-dua syarikat ini adalah $1.1 billion (~RM4.62 billion) yang bakal dibayar secara tunai oleh Google. Mungkin jumlah yang agak besar untuk sebahagian daripada pasukan syarikat, namun memperlihatkan kepada tenaga kerja yang melibatkan 2,000 pekerja beserta pasukan R&D HTC yang sudah bertapak sekian lama, jumlah yang dipersetujui boleh dikatakan berbaloi.

Berdasarkan perjanjian yang dibuat, HTC bakal menjadi tulang belakang buat siri Pixel untuk model-model akan datang dan bakal membantu secara penuh dari segi hardware.

Masa depan HTC

color-family

Salah satu perkara yang menjadi tanda tanya orang ramai adalah masa depan HTC apabila dibeli Google. Merujuk daripada kenyataan daripada CFO HTC, Peter Shen mereka masih lagi akan mengeluarkan smartphone keluaran mereka secara sendiri serta sedang berusaha mengeluarkan smartphone flagship terbaru mereka selepas HTC U11.

Kami harap hasil kerjasama kedua-dua pihak ini bakal memberi peluang dan menyelesaikan masalah pengguna Google Pixel untuk mengakses aplikasi serta smartphone secara smooth sepanjang penggunaan untuk jangka masa yang panjang.

Sumber