Mungkin sudah tibanya Google berdikari untuk mengeluarkan perantinya sendiri. Program Nexus yang bermula dengan kerjasama bersama HTC di tahun 2010 tetap diteruskan sehingga kini. Dijangka Nexus 2016 Google sekali lagi memilih HTC.

Peranti Nexus yang sememangnya dioptimasi khas daripada Google berjaya memberi kepuasan kepada pengguna dengan baik. Sama ada dari segi prestasi mahupun update yang dikeluarkan.

nexus-retrospectived

Dalam pada itu, terdapat beberapa masalah yang berlaku apabila Google bekerjasama bersama syarikat-syarikat telefon pintar ini. Antaranya masalah kehadiran peranti pasaran yang sedikit lewat sepertimana yang berlaku pada Motorola Nexus 6 buat pasaran Malaysia. Huawei Nexus 6P yang terbaru pula mengalami masalah panel kaca di bahagian belakang.

Terdapat beberapa rumour yang mengatakan Google bakal mengeluarkan peranti sendiri, dan kami jangkakan Google bakal mengeluarkan peranti sendiri pada tahun ini. Mungkin juga dengan cara ini Google boleh bersaing dengan lebih kompetitif dengan Apple iPhone melalui rekabentuk dan software yang dihasilkan sendiri.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤