Setelah lebih dua dekad industri konsol dikuasai oleh syarikat-syarikat besar seperti Microsoft, Sony dan Nintendo, Google dilaporkan berminat untuk menghasilkan konsol sebagai langkah awal untuk menceburi bidang gaming.

Dinamakan sebagai Yeti, konsol terbaru Google ini bakal dihasilkan bersama kerjasama syarikat-syarikat dan pembangun lain dalam menawarkan permainan yang lebih berteknologi tinggi buat para pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1530295161_032b5c8b92b84754fe0949ff6449bb21

Setakat ini, pembangunan konsol ini masih lagi di dalam peringkat awal dimana Google masih belum memberi pendedahan lanjut mengenai projek terbaru mereka.

Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana konsol terbaru ini bakal menarik perhatian fanboy PlayStation dan Xbox yang sudah lama setia bersama. Lebih menarik, mampukah konsol terbaru ini bakal digabungkan bersama ekosistem Google bersama smartphone Android.

Sumber