Menggalas tanggungjawab ibu bapa di era pasca milenium ini mungkin membawa cabaran yang sedikit berbeza berbanding sebelumnya. Kecekapan anak-anak yang semakin pintar menggunakan gadget dan telefon pintar juga tidak dinafikan semakin meningkat.

Dalam usaha untuk menawarkan yang terbaik buat ibubapa, Google baru-baru ini telah melancarkan acara ‘Google Cafe For Parents’ dengan kolaborasi bersama Makchic. Sebuah online portal khusus buat kaum ibu moden di Malaysia

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Google Parents Cafe-05

Google Parents Cafe-09

Melalui acara ini, Google bersama Makchic membawa inisiatif untuk membantu ibu bapa serta kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun bagi membiasakan diri dengan teknologi yang kerap digunakan oleh generasi kini.

Antara yang diperkenalkan buat ibu bapa dan anak-anak adalah Google Search, Google Maps, Google Calendar dan Google Photos yang sudah menjadi kebiasaan buat majoriti pengguna dunia.

Google Parents Cafe-07

Google Parents Cafe-08

Pembelajaran yang interaktif antara yang dibawakan oleh Google bersama Makchic dalam memberi pendedahan. Lebih menarik, Google Malaysia turut menawarkan Google Clinic bagi membantu para pengguna untuk memuat turun dan memahai beberapa aplikasi yang dikeluarkan Google.

Selain diajar mengenai pengguna aplikasi, para peserta juga diberikan pendedahan mengenai keselamatan atas talian yang perlu diberi perhatian.

Sememangnya usaha yang baik daripada Google dengan kolaborasi bersama MakChic dalam usaha untuk memberikan yang terbaik buat ibu bapa dan kanak-kanak generasi moden. Sebuah inisiatif yang wajar dipuji dalam usaha memberikan yang terbaik buat ibu bapa dan anak-anak kecil.