Mulai hari ini, Google Chromecast dan Chromecast Audio versi terbaru boleh didapati di Malaysia. Dengan reka bentuk anggun, pelbagai kandungan yang baru dan aplikasi yang dikemaskini untuk mencari hiburan terbaik, Chromecast terbaru akan menjadikan penstriman lebih laju dan senang.

chromecast2

Chromecast Audio merupakan peranti terbaru yang boleh dipasangkan pada pembesar suara untuk aliran radio, podcast dan muzik menggunakan WiFi.

Dengan fungsi untuk menukarkan mana­-mana TV kepada TV pintar untuk kos yang amat rendah dilihat Google Chromecast berjaya menarik hati pengguna dengan design yang sangat moden disamping harganya yang tidak begitu mahal.

Selain perubahan dari segi rekaan, Chromecast model terbaru juga didatangi dengan prestasi yang lebih baik membolehkan anda mendapat sambungan Wi-FI yang lebih stabil. Pastinya tidak ada lagi masalah buffering melibatkan Chromecast apabila mendapat sambungan internet yang baik. Buat anda yang sering menggunakan aplikasi seperti Netflix, iFlix, Youtube disamping menggunakan menonton rancagan TV, Chromecast ternyata khas buat anda.

Selain itu, Google Chromecast terbaru juga dilengkapi dengan permainan popular Android suatu ketika dahulu iaitu Angry Birds.

Chromecast terbaru boleh didapati dari Lazada untuk RM199.

chromecast-audio-1-970-80

chromecast-audio-2

Satu lagi produk keluaran Google adalah Chromecast Audio. Buat anda yang baru dengan Chromecast Audio, peranti ini berfungsi sebagai media hub untuk disambungkan kepada speaker untuk dijadikan media hub. Dalam erti kata lain, anda mampu mengakses Spotify terus daripada telefon pintar anda apabila dihubungkan melalui sambungan Wi-Fi.

Chromecast Audio juga boleh digunakan dengan kesemua muzik dan podcast kegemaran anda yang terdapat di Spotify. Fungsi ‘multi­room’ peranti tersebut juga boleh menghubungkan kepada speaker-speaker di sekitar rumah anda.Selain itu, Chromecast Audio menjanjikan audio yang berkualiti disamping variasi media selain Spotify, seperti rakaman audio dan podcast.

Aplikasi Chromecast juga kini dikemaskini untuk menjadikan pencarian kandungan dan aplikasi lebih mudah.

Chromecast Audio akan datang dari Lazada untuk RM199.