Nampaknya isu saman menyaman diantara dua syarikat ini seakan tidak akan berakhir. Terbaru, sejumlah empat juta pengguna iPhone telah dikatakan menjadi mangsa Google setelah syarikat ini berpihak untuk mencuri data pengguna iPhone tanpa kebenaran.

Difahamkan isu ini bermula sekitar 2015 apabila Google gagal untuk menawarkan privasi kepada pengguna yang menggunakan aplikasi Safari meskipun telah mengaktifkan fungsi ‘Do Not Track’. Setakat ini kes ini masih lagi dibincangkan dimana jika Google disahkan bersalah, Google terpaksa membayar sebanyak $4.3 juta (~RM17.10 juta) kepada pihak Apple.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pada itu, Apple baru-baru ini turut disaman berikutan isu melibatkan keyboard Apple Macbook Pro yang gagal berfungsi dengan baik.