Sekiranya anda masih menggunakan aplikasi Google Drive atau Google Photos pada PC atau Mac, pastikan anda dapatkan aplikasi ‘peganti’ yang baru kerana kedua-dua aplikasi ini ditamatkan servis pada 11 Disember 2017 ini.

Hasrat ini dibuat dalam membolehkan pengguna mengakses dokumen dan gambar secara serentak berbanding sebelum ini yang memerlukan pengguna mendapatkan dua aplikasi berbeza. Aplikasi peganti yang dimaksudkan adalah Google Backup and Sync.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

google drive pc mac tamat

Buat pengguna yang masih menyimpan Google Drive ini pada platform Windows dan Mac, anda akan turut menerima notifikasi untuk mendapatkan aplikasi Google Back & Sync sebelum dilenyapkan pada 12 Mac 2018.

Adakah Google Drive merupakan pilihan utama sekiranya anda ingin menyimpan sesebuah fail atau dokumen? Kongsikan dengan kami aplikasi cloud storage yang anda paling selesa di ruangan komen dibawah.

Baca lagi: Ini Caranya Untuk Menyimpan Sehingga 30 GB Data Di ‘Cloud Storage’ Secara Percuma

Sumber