Berita ini mungkin adalah berita gembira buat peminat sejarah. Beratus struktur misteri seakan gerbang ditemui di atas laluan lava gunung berapi di padang pasir Arab Saudi, seperti yang diumumkan oleh Dr David Kennedy, seorang pakar arkeologi dari Universiti Oxford.

gerbang-misteri-arab-saudi-1

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gerbang yang dianggarkan berusia lebih dari 9000 tahun ini ditemui di kawasan bahagian barat Harrat Khaybar. Dipercayai gerbang misteri ini adalah hasil binaan suku Badwi pada satu masa dulu.

Apa yang lebih menarik, struktur yang ditemui kali ini berbeza daripada gerbang dan binaan lama yang pernah ditemui sebelum ini di Asia Barat. Saiz setiap gerbang juga berbeza. Ada yang sepanjang hingga lebih 1700 kaki.

Bercakap kepada NY Times, Dr Kennedy berkata, “dari segi struktur, nampaknya ia bukan dibina sebagai tempat menyimpan mayat atau kubur, bukan juga sebagai penempatan mahu pun tempat memerangkap haiwan. Sehingga kini binaan seakan gerbang ini masih satu misteri.”

Mungkin dalam beberapa tahun lagi misteri ini akan terungkai, seterusnya menjadi satu lagi lokasi yang mesti di jejaki oleh para peminat sejarah.

https://www.youtube.com/watch?v=g0ZJ-PQGd-o

Sumber