Google Flights nampaknya sudah boleh digunakan di Malaysia. Saya pasti fungsi ini pasti dinanti-nantikan buat mereka yang ‘gila’ dengan travel.

Bayangkan anda mahu terbang atau sekadar mahu mengetahui dari Pulau Pinang ke Perth, anda hanya perlu letakkan tarikh bila anda mahu terbang dan Google Flights akan uruskan semuanya buat anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Google Flights akan membantu anda mendapatkan senarai penerbangan yang anda sertakan buat anda. Bukan itu sahaja, anda boleh mengetahui harga semua tiket kapal terbang secara serentak. Buat anda yang ingin terbang ke sesuatu tempat yang mahal, Google Flights juga akan membantu anda untuk mendapatkan tarikh yang mempunyai tiket yang agak rendah. Sangat mudah bukan?

Bukan itu sahaja, Google Flights juga bakal membantu anda mendapatkan senarai tempat-tempat menarik pada destinasi yang anda tuju. Contohnya jika anda berminat untuk ke Korea tetapi anda masih kurang pengetahuan tentang tempat-tempat menarik di Seoul, Google Flights bakal membantu anda.

Fungsi ‘direct flight’ atau transit juga boleh ditetapkan. Andaikan anda sudah mengetahui tarikh dan harga penerbangan anda dan ingin membuat tempahan, butang ‘book now’ akan membantu anda untuk membuat tempahan dengan lebih mudah.

https://www.youtube.com/watch?v=-hffP2vr1Jk