Sejak pandemik COVID-19 mulai menular, dapat dilihat perubahan daripada tabiaat orang ramai bekerja dan belajar. Penggunaan aplikasi Zoom sudah menjadi medium utama dalam membolehkan perbincangan secara video dijalankan secara beramai-ramai.

Di sebalik, pemilihan aplikasi Zoom yang sudah menjadi aplikasi rasmi buat orang ramai berhubung secara video sejak musim COVID-19, aplikasi ini juga ternyata turut terpalit dengan pelbagai kontroversi. Isu sekuriti pengguna serta pencerobohan zoombombing antara yang membuatkan orang ramai skeptikal dengan aplikasi ini.

960×0 (2)

Malah, tidak mengejutkan apabila syarikat besar seperti Google juga sudah mulai mengharamkan para pekerja untuk menggunakan Zoom pada komputer syarikat bagi mengelakkan daripada berlaku kebocoran data pengguna serta syarikat.

Lebih menakutkan, terdapat sejumlah pengguna iPhone dan iPad yang menjadi mangsa penceroboh di Zoom dimana data mereka dikongsikan kepada pihak ketiga. Selain itu, sekuriti yang lemah daripada Zoom membolehkan penggodam mengakses kamera dan mikrofon pengguna tanpa diketahui pemilik akaun.

Untuk pengetahuan, Google bukanlah syarikat pertama yang mengharamkan para pekerjanya untuk menggunakan Zoom. Malah, sebelum ini syarikat kendalian Elon Musk iaitu SpaceX turut melakukan perkara yang sama demi menjaga data para pekerja serta syarikatnya.

68fee2fa7960ad8c23084296cb8b8881

Berdasarkan statistik, aplikasi Zoom setakat ini sudah berjaya digunakan dan mengumpul lebih 200 juta pengguna berbanding cuma 10 juta pengguna pada tiga bulan lalu. Peningkatan yang mendadak daripada jumlah pengguna sekaligus turut membuka ruang kepada Zoom untuk meningkatkan sekuriti mereka selepas mulai digunakan oleh orang ramai daripada pelbagai latar belakang.

Melihat kepada syarikat-syarikat besar yang sudah mulai beralih arah daripada Zoom, mungkin sudah tiba masanya untuk anda yang mahukan sekuriti yang lebih baik beralih kepada perisian atau aplikasi yang menawarkan fungsi yang sama selain daripada Zoom.

Kehadiran wabak COVID-19 nyata memberi kesan kepada orang ramai serta para syarikat. Terbaharu, iflix dilaporkan bakal melepaskan pekerja mereka dalam mengurangkan kos operasi syarikat.

iflix Sedia Lepaskan Pekerja Untuk Kurangkan Kos Operasi Berikutan COVID-19

Malindo Air Sedia Potong 50% Gaji Staf Berikutan Coronavirus