Separuh dari kehidupan telah hilang menjadi debu apabila Thanos memetik jarinya dalam Avengers: Infinity War sebelum ini. Kini, berikutan kehangatan filem Avengers: Endgame yang sedang ditayangkan di seluruh dunia, Google tampil dengan kesan khas yang akan meghilangkan hampir 50% hasil carian Google anda.

Screen Recording 2019-04-26 at 10.10 AM.gif

201911141041192625
HYPE
Ketahui Mengapa Kini Merupakan Masa Terbaik Untuk Anda Dapatkan Peranti Huawei
Baca lagi →

Bagi anda yang ingin mencuba, anda hanya perlu menaip Thanos pada ruang carian Google, setelah hasil carian muncul, anda akan lihat ikon Infinity Gauntlet pada bahagian kanan dan tekan pada ikon tersebut. Kemudian, ikon itu akan memetik jari dan perlahan-perlahan separuh dari hasil carian anda akan menjadi debu.

Untuk kembalikan hasil carian anda semula, anda hanya perlu tekan ikon Infinity Gauntlet itu semula. Nampaknya kuasa Infinity Gauntlet ini telah menguasai Google juga.

Anda Mungkin Suka