Selain Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL yang dilancarkan semalam, Google nampaknya turut memeperkenalkan sebuah peranti hab rumah iaitu Google Home Hub.

Model ini berpeluang menawarkan pengalaman Google Assistant buat para pengguna serta menawarkan beberapa aplikasi dan fungsi lain seperti Spotify dan Google Photos. Selain itu, Google turut menawarkan kualiti paparan yang sangat baik bagi model ini sekaligus memberi kepuasan serta perhiasan yang unik di dalam ruangan rumah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

google-home-hub-2094

google-home-hub-2095

Google Home Hub bakal mula ditawarkan pada harga $149 (RM620). Sekiranya anda memerlukan peneman dan pembantu digital, Google Home Hub mungkin antara yang anda perlukan.