Sekiranya anda masih berfikiran ejen carian Google sekadar tempat untuk mencari maklumat daripada laman web, anda mungkin silap. Bermula dengan pertambahan fungsi seperti e-mail dan maps, kini Google semakin bijak untuk menawarkan segalanya dibawah satu tempat.

Terbaru, Google bakal membantu mereka yang sedang mencari pekerjaan. Dalam erti kata lain, perubahan terbaru yang bakal dibawakan Google ini bakal membolehkan pengguna mengetahui jumlah anggaran gaji melalui pekerjaan yang dimohon. Laman seperti LinkedIn antara yang menjadi rujukan Google dalam memberi anggaran gaji.

Google Job Hunting

Lebih menarik, Google bakal mencadangkan kepada anda tawaran bekerja yang ditawarkan di beberapa laman web terkemuka dan tersedia di tempat anda berada. Awesome bukan?

Memandang teknologi ini masih baru, masih terdapat banyak pekerjaan yang masih belum dikemaskini begitu juga dengan algoritma Google dalam mengesan carian pengguna.

Walaubagaimanapun, Google sekaligus berjaya membuktikan hanya melalui ejen carian, laman mereka sudah berjaya menawarkan solusi buat mereka yang sedang mencari kerja, travel atau yang sedang mencari tiket penerbangan dengan cara termudah.

Sumber