Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Google Alphabet Inc. telah mengeluarkan kenyataan pelaburan baharu sebanyak $1 billion (~RM4.18 billion) untuk membangunkan kampus terbaharu Google di New York yang akan dikenali sebagai Google Hudson Square. Operasi kampus Google ini akan menjadikan Google sebagai syarikat teknologi kedua yang mempunyai kakitangan paling ramai.

Pelaburan ini merupakan sebahagian daripada usaha Google untuk menjaga kebajikan pekerjanya yang dijangka akan bertambah dalam 10 tahun akan datang. Kampus yang berkeluasan 1.7 juta kaki persegi ini akan menjadi pusat jabatan penjualan iklan Google dan Global Business Organization. Jabatan tersebut dijangkakan akan berpindah masuk pada tahun 2020 nanti.

googleny

Google memilih New York sebagai lokasi baharu untuk jabatan tersebut kerana percaya akan potensi perluasan bisnes tersebut pada masa akan datang. Pastinya pihak-pihak berkepentingan dan orang ramai sudah tidak sabar menanti pelaburan tersebut digunakan sepenuhnya pada tahun 2020 nanti.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Anda Mungkin Suka