Google hari ini telah memperkenalkan secara rasminya nama akhir untuk sistem operasi Android P iaitu ‘Android Pie’. Sistem operasi ini bakal menggunakan nombor 9.0 dan akan menawarkan sistem operasi baru buat telefon pintar Pixel bermula hari ini.

Selain telefon pintar Pixel, telefon pintar yang menggunakan Android yang lain bakal menerima kemas kini tahun ini termasuklah telefon pintar Android One. Antara telefon pintar lain yang akan menerimanya adalah Xiaomi Mi Mix 2S, Nokia 7 Plus, Oppo R15 Pro, Vivo X21, OnePlus 6 dan juga Xperia XZ2.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kemas kini Android 9.0 Pie ini dilengkapi dengan intergrasi kecergasaan buatan iaitu (AI), mudah mesra dengan skrin telefon berbertakuk serta menawarkan 57 emoji baharu pada sistem operasi ini.

Android-9-Pie-Get-More-banner-1024×683

Selain itu, ianya juga menyokong adaptive Battery yang mematikan aplikasi yang jarang digunakan untuk menjimatkan tenaga, dan Adaptive Brightness yang memberikan kesesuaian tahap kecerahan mata anda . Selain itu, fungsi Predictive App boleh mengagak aplikasi apa yang paling pengguna perlukan pada waktu tertentu.