Pandemik COVID-19 telah melihat pelbagai budaya baharu diperkenalkan. Semua pekerjaan yang dahulunya perlu dilakukan di pejabat kini boleh dilakukan di rumah.

Terbaharu, dalam satu notis yang dihantar kepada pekerja, Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai telah memberitahu pekerjanya bahawa mereka tidak perlu kembali ke pejabat sehingga Jun 2021.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan The Wall Street Journal, keputusan ini hadir selepas Pichai melakukan perbincangan dengan kumpulan Google Leads minggu lalu. Ia berharap peluang ini akan digunakan oleh 200,000 pekerja – syarikat induk Google Alphabet Inc – untuk menjaga diri dan hubungan dengan keluarga.

“Bagi memberi peluang kepada pekerja untuk merancang lebih awal, kami akan memanjangkan pilihan kerja dari rumah secara sukarela hingga 30 Jun 2021 bagi sektor pekerjaan yang tidak perlu hadir ke pejabat.

“Saya tahu ini tidak mudah. Saya harap ini akan memberi fleksibiliti yang anda perlukan untuk mengimbangkan kehidupan kerja dengan menjaga diri dan orang yang anda sayangi dalam 12 bulan akan datang,” kata kenyataanya yang dipetik dari The Wall Street Journal.

Terdahulu, Google telah mencetuskan kontroversi apabila melenyapkan Palestin dari Google Maps. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Palestin Lenyap Daripada Apple Dan Google Maps?

Google Haramkan Para Pekerja Daripada Menggunakan Zoom