Sebelum ini Google pernah mengeluarkan sebuah aplikasi memfokuskan kepada kawasan sekitar dan jalan raya dengan aplikasi Google Street View. Kini usaha Google telah memperkenalkan sebuah lagi aplikasi baru mereka iaitu Google Arts & Culture.

Seperti namanya, projek yang dibangunkan Google ini bakal membolehkan pengguna melihat senibina dunia dengan lebih dekat dengan penyertaan lebih 2,779 tempat yang tersedia.

Lebih menarik, anda turut dapat melihat pelbagai mercu tanda yang tersedia dengan paparan 360° darjah di beberapa tempat termasuk Stonehenge dan Colosseum. Klik di sini untuk melihat view sekitar Colosseum.

Kami melihat ini usaha yang sangat baik buat Google bagi membolehkan mereka yang tidak berkemampuan untuk travel baik dari segi dana mahupun kesihatan untuk melihat dengan lebih dekat kesenian dan budaya yang ada di negara luar.

Ketika ini, Google Arts & Culture ditawarkan di web dan juga telefon pintar. Untuk pengguna telefon pintar anda boleh muat turun aplikasi ini pada di Play Store bagi pengguna Android dan Apple Store buat pengguna iPhone.

Mungkin ini aplikasi yang anda perlukan sebelum mendapatkan foto di mercu tanda yang hendak dituju khusus buat anda yang photogenic.

Sumber