Google Doodle hari ini meraikan hari kelahiran ke-67 Allahyarham Kamaruddin Ismail atau lebih dikenali sebagai Kamn Ismail yang merupakan seorang tokoh terkemuka dalam dunia animasi Malaysia.

Beliau juga disebut sebagai perintis dalam penggunaan teknologi komputer dan aplikasi digital dalam animasi sekitar 90-an. Antara tajuk animasi terkemuka hasil ciptaan beliau adalah Usop Sontorian dan Kluang Man.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Google Malaysia

Sempena hari kelahiran beliau tanggal 8 Februari 1956, Google Malaysia melahirkan rasa terhormat kepada figura animasi ini dengan memaparkan sebuah Doodle bagi memperingati jasa beliau dalam mengangkat industri animasi Malaysia pada eranya.

Dalam pada itu, Google turut memuat naik beberapa video eksklusif perkongsian oleh keluarga dan rakan-rakan beliau. Anak kelahiran Pengkalan Balak, Melaka ini yang juga Pengarah Animasi Siri TV pertama Malaysia telah dinobatkan sebagai Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia oleh Rumah Kartun & Komik Malaysia serta Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) pada malam Anugerah Kartunis dan Hari Kartunis 2018 di Muzium Negara.

Sumber Gambar: Google Malaysia

Sebelum ini Google Doodle turut pernah mempamerkan figura-figura hebat tempatan seperti Seninan Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramli, Seniwati Saloma, Pemain Bola Sepak Dato’ Mokhtar Dahari, Tokoh Budaya Melayu Azah Aziz, ahli Zoologi Dr Lim Boo Liat dan ramai lagi.