Mulai menjadi isu sejak Mei 2019 lalu berikutan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China, syarikat Google dan Huawei dilaporkan tidak lagi dapat bekerjasama dalam menawarkan servis Google dan Android buat peranti Huawei.

Kesan perang dagang melibatkan dua syarikat gergasi dalam industri teknologi ini turut membuatkan Huawei memilih untuk membangunkan sistem operasi mereka sendiri. Selain itu, Google turut mengumumkan pada minggu lalu dimana peranti Huawei tidak lagi menerima sokongan aplikasi dan perkhidmatan daripada Google.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Huawei-P40-Pro-Premium-render
Huawei P40 Pro yang bakal dilancarkan pada bulan hadapan dijangka hadir tanpa sokongan Google

Tidak sampai seminggu selepas kenyataan dibuat, Google pada hari ini tampil dengan sebuah kenyataan terbaharu dengan menyatakan minat untuk kekal bekerjasama dengan Huawei. Pihak Google juga dilaporkan telah membuat permohonan kepada pihak kerajaan Amerika Syarikat untuk kekal bekerjasama dengan Huawei.

Setakat ini masih belum diketahui keputusan yang bakal dibuat oleh pihak kerajaan Amerika Syarikat. Sekiranya kerjasama ini berjaya terjalin, pastinya pengguna Huawei akan terus meningkat dengan penawaran telefon pintar yang dinantikan ramai iaitu Huawei P40 Pro.

Sebelum ini, dilaporkan Huawei P40 yang bakal dilancarkan bakal didatangkan tanpa sokongan Google. Selain itu, Huawei, Xiaomi, Oppo dan Vivo dilaporkan bersedia untuk bergabung untuk bersaing dengan Google.

Huawei P40 Dijangka Bakal Diperkenalkan Mac Ini Tanpa Sokongan Google

Huawei, Xiaomi, Oppo Dan Vivo Sedia Gabung Untuk Bersaing Dengan Google