Google semalam melancarkan versi alpa AutoML Vision, servis baharu yang akan memudahkan peniaga atau sesiapa sahaja yang tidak mempunyai kemahiran machine learning (ML) untuk membina satu sistem pengenalan gambar.

Ideanya di sini adalah Google mahu anda untuk memuat naik gambar anda ke sistem Google Cloud dan Cloud Auto ML ini akan melabelkan setiap gambar mengikut kategori yang telah anda tetapkan. Sebagai contoh, ianya akan memudahkan hidup anda apabila anda ada 1000 gambar produk (kasut, topi, beg) dan Cloud Auto ML akan bantu anda susun setiap gambar mengikut kategori.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

cloud_auto_ml

Dalam bahasa mudah, anda ada seorang ‘staf’ dalam bentuk artificial intelligence (AI) yang akan membantu anda dalam kerja-kerja mengelaskan gambar ini.

Syarikat ternama seperti Disney juga turut menggunakan teknologi Cloud AutoML ini untuk bantu mengelaskan produk jualan mereka. “Cloud AutoML ini membantu kami membina vision models untuk mengelaskan watak-watak Disney kami, warna serta kategori produk. Jadi, Cloud AutoML ini membantu kami dalam memberikan search result yang lebih relevan dan betul di shopDisney,” kata Mike White, CTO untuk Disney Consumer Products and Interactive Media.

Cloud AutoML Screenshot 1

Cloud AutoML Screenshot 6

Cloud AutoML Screenshot 8

Cloud AutoML Screenshot 11

Ianya satu teknologi yang bakal memudahkan peniaga online dan jurugambar professional khususnya. Buat masa ini, jika anda ingin mencuba sistem AutoML Vision ini, anda boleh mendapatkan akses untuk sistem Cloud AutoML menerusi borang di sini.

Buat masa ini, ianya masih percuma untuk digunakan dan Google akan hadir dengan terma bayaran untuk sistem Cloud AutoML ini dalam masa terdekat.