Hampir setahun dilancarkan, smartphone keluaran Google iaitu Google Pixel bakal dikeluarkan dengan model terbaru. Nama Google Pixel 2 antara yang dipilih bagi meneruskan siri Pixel selepas tamatnya siri Nexus melalui model Nexus 6P.

Seperti juga Samsung Galaxy Note 8 dan Apple iPhone terbaru yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi, model terbaru daripada Google ini juga tidak terlepas daripada ura-ura yang memaparkan spesifikasi dan gambar Google Pixel terbaru.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melihatkan kepada gambar awal, nampaknya ramai peminat Google yang mengharapkan Google Pixel 2 tampil lebih moden namun sebaliknya berlaku. Berikut merupakan 3 perkara yang banyak dibincangkan peminat Android mengenai Google Pixel terbaru.

1. Tiada lagi headphone jack

Google-Pixel-6-ODonnell-e1476765023952

Ketiadaan headphone jack mungkin sesuatu yang menyusahkan buat para pengguna pada hari ini. Dalam pada itu, ketiadaan port yang masih digunakan ramai ini mungkin bakal dibuang majoriti pengeluar smartphone bagi lebih ruang di dalam rangka sesebuah smartphone. Google Pixel 2 dikhabarkan bakal mengikuti trend yang sama dan perkara ini mungkin tidak dipersetujui pelbagai pihak.

2. Kamera

google-pixel-2-release-date-price-specs-news-01-960×640 (1)

Disaat pengeluar smartphone berlumba-lumba untuk mengeluarkan smartphone dengan dwi-lensa, Google Pixel 2 bakal mengikuti cara yang berbeza dengan menggunakan satu sahaja lensa di bahagian belakang. Meskipun para pengguna bakal terlepas fungsi yang tersedia pada dwi-lensa, kualiti yang ada pada Google Pixel sebelum ini sudah cukup meyakinkan pengguna pada pendapat kami.

3. Bezel

google-pixel-2-release-date-price-specs-news-03-960×715 (1)

Mungkin perkara yang paling dinanti-nantikan buat para peminat Google Pixel diluar sana. Model terbaru yang sebelum ini dikhabarkan bakal hadir dengan rekabentuk seakan-akan LG V20 nampaknya sekali lagi bakal dikeluarkan dengan bezel yang tebal seperti model sebelumnya. Malah ada yang berpendapat model terbaru ini tidaklah secantik model sebelumnya.

Semuanya bakal terjawab sekitar Oktober ini apabila Google bakal mengumumkan smartphone flagship terbaru mereka. Model ini juga bakal menjadi model rasmi Google dengan sistem operasi Android O. Sekiranya spesifikasi yang diumumkan tidak jauh beza seperti model sebelumnya, mendapatkan Google Pixel mungkin pilihan yang lebih berbaloi dengan harga penjualan yang lebih rendah.

Sumber