Setahun berlalu dan akhirnya Google telah melancarkan telefon terbaru keluaran mereka iaitu Google Pixel 2 dan Google Pixel 2 XL. Model keluaran terbaru ini merupakan model kedua dalam siri Pixel yang menggantikan Nexus selepas digunakan hampir 7 generasi telefon keluaran Google.

Seperti model tahun lepas, Google berjaya untuk tidak diskriminasi mana-mana model keluaran terbaru mereka dengan penyertaan spesifikasi yang hampir sama. Apa yang membezakan Google Pixel 2 dan Pixel 2 XL adalah saiz skrin sahaja dimana masing-masing disertakan dengan skrin 5.0-inci dan 6.0-inci. Berikut merupakan review awal kami mengenai Google Pixel dan Pixel XL.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Warna & Rekabentuk

google-pixel-2-xl-white-3

Dari segi rekabentuk, tidak banyak perubahan yang dibuat oleh Google berbanding model sebelumnya. Kedua-dua smartphone masih lagi hadir dengan penyertaan bezel yang besar.

Google Pixel 2 hadir dengan 3 warna menarik. Mungkin menamakan 3 telefon ini dengan nama warna ‘black’, ‘blue’ and ‘silver’ tidak cukup fun dan menarik, Google mengambil inisiatif untuk menyediakan nama yang lebih fancy buat Google Pixel dengan menamakan sebagai ‘Kinda Blue, ‘Clearly White’ dan ‘Just Black’. Buat Google Pixel 2, dua warna yang dilancarkan adalah ‘Clearly White’ dan ‘Just Black’

Spesifikasi

100417-google-pixel-2-xl-side-by-side-7192

Google semasa pelancaran turut troll Apple dengan menyatakan mereka tidak membuat diskriminasi pada bahagian spesifikasi. Pada tahun ini, Google Pixel 2 dan Pixel 2 masing-masing hadir dengan processor Snapdragon 835 dan RAM 4 GB serta ruang storan yang bermula daripada 64 GB.

Jika dinilai dari segi spesifikasi mungkin Google Pixel 2 agak terkebelakang berbanding OnePlus 5 dan Samsung Galaxy Note 8, namun dengan penyediaan software yang baik, tidak mustahil Google Pixel 2 berjaya menjadi smartphone Android terbaik yang pernah dihasilkan setakat ini.

Kamera

DLVx647UEAEnOi3

Tiba masanya untuk membincangkan salah satu ciri-ciri terhebat buat Google Pixel 2. Google Pixel berjaya menjadi antara smartphone dengan kamera yang terbaik pada tahun 2016. Pada tahun ini, Google bercita-cita untuk mengulangi skrip yang sama. Berdasarkan review awal, Google Pixel 2 dilihat sebagai potensi besar untuk menjadi best camera smartphone of the year.

DxOMark yang hadir sebagai ‘benchmark’ buat kamera telefon mengesahkan Google Pixel berjaya mendapat markah tertinggi dengan 98 markah. Markah yang diumumkan ini merupakan markah tertinggi pernah dicapai buat sesebuah smartphone mengatasi Apple iPhone 8 dan Samsung Note 8.

Google Pixel 2 XL

Adakah ketiadaan dwi-kamera membataskan Google Pixel 2? Tidak sama sekali. Penggunaan teknologi terbaru serta machine learning daripada Google, Pixel 2 berjaya menghasilkan gambar bokeh dan terbaik tanpa mengharapkan kepada kamera kedua.

Berikut merupakan sample gambar yang diambil menggunakan Google Pixel. Secara jujurnya, kami amat kagum dengan dynamic range dan performance Pixel ketika cahaya malap.

Google-Pixel-2XL-camera-samples-4

Google-Pixel-2XL-camera-samples-5

Google-Pixel-2XL-camera-samples-8

Google-Pixel-2XL-camera-samples-13

Google-Pixel-2XL-camera-samples-9

Harga

google-pixel-2-pixel-2-xl-hands-on-2

Google sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik dari segi build quality. Ciri-ciri Google Pixel sendiri jelas menunjukkan telefon ini dikelasnya yang tersendiri. Mungkin disebabkan penawaran ini Google yakin untuk bersaing dengan Apple dengan menawarkan tanda harga yang lebih kurang sama.

Boleh dikatakan orang ramai berpuas hati dengan Google Pixel baik dari segi software dan hardware namun tidak pada harganya. Harga buat Google Pixel 2 64GB bermula daripada $649 USD (~RM2742.80) manakala Google Pixel XL $849 USD (~RM3591.48). Sebuah harga yang agak mahal bagi smartphone keluaran Android.

Adakah Google Pixel 2 berbaloi?

google-pixel-2-xl-4

Google sekali lagi berjaya menawarkan sebuah telefon yang hampir sempurna pada pendapat saya. Mungkin kurang menyerlah dari segi rekabentuk, namun dijangka bakal memberi kepuasan buat pengguna dari segi software experience dan kamera.

Adakah berbaloi untuk mendapatkan Google Pixel 2? Bergantung kepada apa yang anda mahukan pada sebuah smartphone. Jika anda penggemar Stock Android serta sedang mencari smartphone Android dengan kamera terbaik, Google Pixel 2 adalah yang terbaik buat anda.