Nampaknya penantian peminat Google Pixel atau Pure Android untuk mendapatkan telefon pintar baru bakal tamat tidak lama lagi. Terbaru, berdasarkan sumber daripada Android Police, dikatakan Google bakal melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Pixel 3 dan Pixel 3 XL seawal 4 Oktober ini.

Difahamkan model terbaru bakal dikuasakan dengan Android P selaku versi Android terbaru. Berdasarkan ura-ura, model terbaru ini bakal hadir dengan dua warna iaitu hitam dan putih. Sesuatu yang baru bagi siri model ini adalah penyertaan takuk atau notch dibahagian atas telefon pintar ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

ap_resize

Dari segi spesifikasi, Google nampaknya masih lagi belum mendedahkan processor dan RAM yang digunakan. Walaubagaimanapun, umum mengetahui model ini bakal menjadi antara telefon pintar terbaik yang menggunakan platform Android pada tahun ini.

Buat anda yang tertanya-tanya bagaimana rupa Google Pixel 3 dengan lebih dekat, anda boleh klik di sini untuk melihat rekaan model ini yang tertiris.

Sumber