Sejak mula diperkenalkan, siri Google Pixel ternyata sangat berjaya dalam memberikan pengalaman penggunaan terbaik buat para pengguna. Menerusi Google Pixel 2 pula, smartphone ini berjaya mencipta fenomena dengan hanya menyertakan satu kamera sahaja di bahagian belakang serta mampu menawarkan kualiti gambar yang menarik.

Berdasarkan ura-ura terbaru daripada evleaks, difahamkan Google berhasrat untuk mengulangi skrip yang sama pada tahun ini dengan melancarkan Google Pixel 3 pada bulan Oktober.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https_blogs-images.forbes.comgordonkellyfiles2018051

Penawaran dua model iaitu Pixel 3 dan Pixel XL antara yang dijangkakan dan disertakan dengan komponen berspesifikasi tinggi. Selain itu, Google juga dijangkakan bakal melancarkan smartwatch Google Pixel Watch tidak lama lagi menerusi acara pelancaran yang sama.

Dari segi harga, dijangkakan harga Google Pixel 3 bakal mengikuti model sebelum ini. Harga penawaran diatas RM4,000 antara yang dijangkakan. Sekiranya anda merupakan peminat Android dan mahukan smartphone yang berspesifikasi tinggi, mungkin mendapatkan Google Pixel 3 merupakan pilihan yang baik.

Sumber