Nampaknya selepas hampir beberapa bulan peminat Android dan Google berteka-teki dengan pelbagai ura-ura yang dikeluarkan, akhirnya Google telah mengumumkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL.

Pelancaran yang dibuat pada kali ini nampaknya tidak mengujakan para peminat kerana segala ura-ura yang diumumkan sebelum ini ternyata benar-benar belaka. Untuk maklumat lanjut, berikutan merupakan apa yang menarik dan ditawarkan Google bagi model Pixel 3 dan Pixel 3 XL.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rekabentuk dan warna

Screen Shot 2018-10-10 at 1.49.21 AM

Dari segi rekabentuk, Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL nampaknya masih lagi mengekalkan rekabentuk yang hampir sama. Walaubagaimanapun, dalam usaha menawarkan saiz skrin yang lebih besar, Pixel 3 XL turut hadir dengan notch yang sangat janggal untuk dipaparkan. Berdasarkan komen awal para netizen, jelas ramai yang tidak menyukainya.

Seperti tahun lalu, Google telah menamakan tiga warna yang diperkenalkan dengan gaya yang lebih cool iaitu clearly white, only black dan juga not pink.

Spesifikasi

Pixel 3 Pixel 3 XL

Seperti yang diumumkan ura-ura sebelum ini, Googel Pixel 3 dan Pixel 3 XL dikuasakan dengan processor Snapdragon 845 dan RAM 4GB. Meskipun ramai yang mengharapkan RAM 6GB, Google nampaknya tidak menyertakannya pada model tahun ini.

Berbeza dari tahun lalu, Google Pixel siri tahun ini hadir dengan saiz skrin yang lebih besar dimana Google Pixel 3 hadir dengan skrin 5.5-inci manakal Pixel 3 XL hadir dengan skrin 6.3-inci. Masing-masing berjaya hadir dengan skrin yang lebih besar melalui penyertaan bezel yang lebih nipis.

Menariknya, model terbaru ini turut menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar dimana pengguna perlu mendapatkan Google Pixel Stand. Penawaran teknologi ini turut dibantu dengan penggunaan kaca pada bahagian belakang model ini.

Kamera

Pixel 3 camera

Sebut sahaja mengenai Google Pixel mungkin ramai yang sudah cukup kenal mengenalinya kualiti kameranya. Melalui model tahun ini, Google masih lagi mengekalkan trend satu kamera pada bahagian hadapan dengan belakang serta menjamin kualiti yang lebih baik.

Kamera yang disertakan pada bahagian belakang hadir dengan lensa 12-megapixel f/1.8 manakala kamera hadapan hadir dengan 8-megapixel f/2.2. Meskipun model ini hadir dengan satu kamera pada bahagian hadapan dan belakang, Google yakin dengan teknologinya yang mampu menawarkan kualiti yang lebih baik berbanding model-model telefon pintar yang lain.

Berikut merupakan perbezaan kualiti kamera Google Pixel 3 dengan Apple iPhone XS. Jelas kualiti yang ditawarkan Google Pixel 3 jauh lebih hebat berbanding Apple iPhone XS.

Screen Shot 2018-10-10 at 1.35.16 AM

Harga

Pixel-3-XL-hands-on-49-840×472

Dari segi harga, Google Pixel 3 bakal mula ditawarkan dengan harga $799 (~RM3,321.84) manakala Pixel 3 XL bakal ditawarkan pada harga $899 (~RM3,737.59).

Malaysia sekali lagi tidak tersenarai sebagai negara yang menawarkan pengedar rasmi. Buat anda yang berminat kemungkinan perlu mendapatkan import set yang mungkin bakal ditawarkan dengan harga yang sedikit tinggi. Adakah Google Pixel 3 merupakan telefon pintar Android terbaik untuk dimiliki?

https://www.youtube.com/watch?v=vKSA_idPZkc