Notch mungkin bukanlah perkara yang disukai peminat Android. Hal ini kerana kehadirannya seakan membuatkan sesebuah smartphone meniru rekaan Apple iPhone X yang mula memperkenalkannya.

Terbaru, sebuah gambar telah tertiris yang memperlihatkan Google Pixel 3 XL dijangkakan bakal disertakan notch. Gambar yang tertiris daripada slashleaks ini menunjukkan notch yang disertakan tidaklah terlalu besar sepertimana iPhone X manakala tiada notch disertakan buat Google Pixel 3.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Google-Pixel-3-leak

Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL dijangkakan bakal dilancarkan pada Oktober 2018 ini. Kehadiran notch pada smartphone Google ini sekaligus menunjukkan Android semakin serius dalam menawarkan sistem operasi berasaskan notch. Adakah anda penggemar notch atau sebaliknya?