Mulai tertiris sepenuhnya dan dijual di Malaysia sebulan sebelum pelancaran rasmi, pelancaran Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL nampaknya tidak memberi keterujaan buat orang ramai.

Seperti namanya, Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL merupakan generasi keempat daripada siri Pixel. Menawarkan rekaan yang simple tanpa takuk, kamera yang memukau serta penggunaan stock Android antara yang membuatkan orang ramai berminat dengan siri ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Screen Shot 2019-10-16 at 11.34.34 AM
Sumber: Android Central

Dari segi spesifikasi, Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL hadir dengan processor Snapdragon 855, RAM 6GB, ruang storan 64GB atau 128GB. Kamera hadapan model ini hadir dengan lensa 8-megapixel manakala kamera utamanya dilengkapi dengan lensa 12.2-megapixel dan 16-megapixel untuk sudut telephoto. Apa yang membuatkan orang ramai kecewa adalah ketiadaan lensa sudut ultrawide yang menjadi trend ketika ini serta sokongan rakaman 4K 60 fps.

Apa yang membezakan kedua-dua model ini sudah pastinya saiz skrin dimana Pixel 4 dilengkapi dengan skrin 5.7-inci manakala Pixel 4 XL hadir dengan saiz skrin 6.3-inci. Kapasiti bateri yang dimuatkan pada Pixel 4 dan 4 XL adalah 2,800 mAh dan 3,700 mAh.

Camaras-de-los-Google-Pixel-4-y-4-XL

Google umumkan Pixel 4 mula dijual dengan harga $799 (RM3,350.61) manakala Pixel 4 XL pula ditawarkan pada harga $999 (RM4,189.31). Seperti model-model sebelum ini, Google tidak akan menawarkan telefon pintar terbaru mereka di Malaysia secara rasmi dimana orang ramai perlu mendapatkannya melalui pihak ketiga.

Untuk pengetahuan, sejumlah besar reviewer sudah berpeluang mendapatkan Google Pixel 4 dan 4 XL sebelum pelancaran. Kami tidak pasti sama ada ia adalah gimik atau sebaliknya. Klik pautan dibawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Google Pixel 4 XL yang dijual di Malaysia.

Google Pixel 4 XL Sudah Mula Dijual Di Malaysia Sebelum Pelancaran Rasmi

Tonton Kehebatan ‘Motion Sense’ Yang Bakal Tersedia Pada Google Pixel 4