Google pada hari ini telah mengeluarkan sebuah teaser yang memberi bayangan Google Pixel terbaru bakal dilancarkan tidak lama lagi. Tarikh 4 Oktober telah dipilih dimana Google Pixel bakal mengikuti trend sebelum ini dengan menampilkan Pixel 2 dan Pixel 2 XL.

Difahamkan kedua-dua smartphone ini bakal disertakan dengan Snapdragon 836 SoC, RAM 4 GB serta ruang storan sehingga 128 GB. Setakat ini, pelbagai ura-ura yang mengatakan Google Pixel terbaru bakal mengikuti rekabentuk yang hampir sama seperti tahun lepas. Dua pengeluar telah dipilih dimana HTC bakal mengeluarkan rekabentuk buat Google Pixel 2 dan LG untuk smartphone Google Pixel 2 XL. Sama-sama kita nantikan pelancaran Google Pixel terbaru pada 4 Oktober 2017 ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →