Setahun berlalu dan akhirnya Google telah melancarkan telefon terbaru keluaran mereka iaitu Google Pixel dan Google Pixel XL. Nama Pixel dipilih bagi menggantikan siri Nexus yang sebelum ini telah digunakan hampir 7 generasi telefon keluaran Google. Google turut mengesahkan kedua-dua telefon ini sebagai ‘The first phone made by Google inside and out’.

Menariknya mengenai telefon keluaran Google pada kali ini adalah kedua-dua telefon ini hadir dengan spesifikasi yang hampir sama cuma sedikit berbeza pada saiz skrin. Berikut merupakan review awal kami mengenai Google Pixel dan Pixel XL.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

pixel-phone_720

Warna & Rekabentuk

pixel-colors

Kami mulakan dengan perbincangan yang agak ringan dan santai. Google Pixel dan Google Pixel XL hadir dengan rekabentuk yang sama. Sekilas pandang, dilihat seperti iPhone 7 cuma hadir dengan headphone jack dan tiada physical home button. Ketiadaan bonjolan kamera mungkin akan memberikan keselasaan buat pengguna seterusnya mengelak daripada mudah tercalar.

Google Pixel hadir dengan 3 warna menarik. Mungkin menamakan 3 telefon ini dengan nama warna ‘black, blue and silver’ tidak cukup fun dan menarik, Google mengambil inisiatif untuk menyediakan nama yang lebih fancy buat Google Pixel dengan menamakan sebagai ‘Quite Black, Really Blue dan Very Silver’. Kami yakin Apple juga tidak terfikir untuk memberi nama seperti ini.

Spesifikasi

screen-shot-2016-10-04-at-12-36-13-pm

Tidak seperti telefon keluaran Google sebelum ini, Google Pixel dan Pixel XL nampaknya berkongsi spesifikasi yang sama. Perbezaannya cuma pada saiz skrin dimana Google Pixel hadir saiz skrin 5.0-inci manakal Pixel XL dengan saiz 5.5-inci.

Kedua-duanya dikuasakan oleh processor Snapdragon 821 dan RAM 4GB LPDDR4. Mungkin bukanlah spesifikasi tertinggi di dalam pasaran telefon Android namun spesifikasi yang ditawarkan Google ini sudah cukup mantap dan memuaskan.

screen_shot_2016-10-05_at_1

Jika Nexus 6P yang hadir dengan RAM 3GB mampu memberi saingan buat Oneplus 3 dengan RAM 6GB, kami berpendapat Google Pixel tidak mempunyai masalah untuk beraksi dengan sangat smooth serta memudahkan kerja melibatkan multitasking.

Saiz storan yang ditawarkan pada Google Pixel adalah 32GB dan 128GB. Mungkin berpendapat 16GB sudah tidak lagi releven untuk digunakan pada 16GB, Google mengambil inisiatif untuk menggunakan saiz storan 32GB untuk variasi terendah.

Selain itu, Android 7.0 Nougat turut tersedia buat pengguna. Google juga mengesahkan telah memberi sentuhan dalam dan luar telefon bagi memastikan Google Pixel berjalan dengan lancar dari semua aspek.

Kamera

pixel_camera

Tiba masanya untuk membincangkan salah satu ciri-ciri terhebat buat Google Pixel. Berdasarkan review awal, Google Pixel dilihat sebagai smartphone yang mempunyai kamera terbaik pernah dihasilkan.

Jika diukur melalui spesifikasi mungkin tidak begitu meyakinkan dengan penggunaan kamera 12.3MP tanpa sebarang kolaborasi daripada syarikat-syarikat kamera ternama. Dalam pada itu, DxOMark yang hadir sebagai ‘benchmark’ buat kamera telefon mengesahkan Google Pixel berjaya mendapat markah tertinggi dengan 89 markah.

14572805_10154186386169682_4986916754796114302_n
Kami membayangkan suara Tim Cook ‘this is the best we ever made’ jika Apple berjaya lakukan perkara yang sama.

Berikut merupakan sample gambar yang diambil menggunakan Google Pixel. Secara jujurnya, kami amat kagum dengan dynamic range dan performance Pixel ketika cahaya malap.

final_camera-16-lens-blur

Processed with VSCO with c2 preset

Processed with VSCO with n1 preset

Processed with VSCO with e1 preset

final_camera-03-low-light

Ada Apa Dengan Google Pixel?

Seperti yang anda semua ketahui, Google Pixel merupakan telefon khas dari Google. Selain daripada mendapat kemaskini terlaju buat Android, Google nampaknya berjaya memberikan sebuah lagi ‘unique selling point’ atau USP pada Google Pixel terbaru.

Memandangkan ruang storan Google Pixel hadir dengan saiz 32GB dan 128GB, itu tidak membatas pengguna untuk menyimpan bilangan gambar dengan quality yang terbaik dengan banyak. Google menawarkan cloud storage secara unlimited khas buat pengguna Google Pixel.

Apa yang lebih menarik, Google turut mengesahkan akses untuk menyimpan video 4K yang dirakam di dalam cloud storage tanpa perlu compress atau berkorban dari segi quality. Pengguna yang ‘gila’ mengambil gambar dan video pasti suka dengan fungsi terbaru daripada Google ini.

Harga

14589859_10154186397954682_6389956891427587602_o

Google sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik dari segi build quality. Ciri-ciri Google Pixel sendiri jelas menunjukkan telefon ini dikelasnya yang tersendiri. Mungkin disebabkan penawaran ini Google yakin untuk bersaing dengan Apple dengan menawarkan tanda harga yang lebih kurang sama.

Boleh dikatakan orang ramai berpuas hati dengan Google Pixel baik dari segi software dan hardware namun tidak pada harganya. Harga buat Google Pixel 32GB bermula daripada $649 USD (~RM2685.21) manakala Google Pixel XL $749 USD (~RM3098). Kemungkinan harga ‘premium‘ yang diumumkan bakal memberi kesan buat penjualan Google Pixel.

 

Kesimpulan

google-pixel-camera-2016-10-04-01

Google sekali lagi berjaya menawarkan sebuah telefon yang hampir sempurna pada pendapat saya. Mungkin kurang menyerlah dari segi rekabentuk, namun dijangka bakal memberi kepuasan buat pengguna dari segi software experience dan kamera.

Adakah berbaloi untuk mendapatkan Google Pixel? Bergantung kepada apa yang anda mahukan pada sebuah smartphone. Jika anda penggemar Stock Android, mahukan update Android terbaru serta mahukan kamera terbaik pada smartphone, Google Pixel adalah yang terbaik buat anda.

Sumber