Nampaknya pihak Google Play Store juga tidak terlepas untuk mengenakan cukai digital buat para pengguna selari dengan pelan pihak kerajaan yang memperkenalkannya.

Notis kenaikan harga ini dihantar kepada para pengguna bagi memaklumkan mengenai perubahan harga di Google Play Store. Menurut Google, caj ini bakal dikenakan pada aplikasi, kandungan serta pembelian dalam aplikasi.

Google-Play
Sumber: askifa

Untuk pengetahuan, bukan sahaja pihak Google yang mengenakan cukai digital ini malah perkhidmatan digital yang lain seperti Adobe dan Facebook juga turut mengenakan perkara yang sama.

Peningkatan harga buat para pengguna ini bakal dirasai seawal 1 Januari ini dengan jumlah cukai digital sebanyak 6%. Sekiranya anda mempunyai sebarang aplikasi berbayar untuk sudah lama anda berminat untuk dapatkan, mungkin sekarang merupakan masa terbaik untuk anda dapatkannya sebelum memasuki tahun 2020.

Untuk makluman, cukai digital ini mulai diumumkan pihak kerajaan melalui Belanjawan 2019 sebelum pihak penyedia servis seperti Google memaklumkannya kepada orang ramai.

Notis Cukai Digital Mula Dihantar Google Bermula 1 Januari 2020

Cukai Perkhidmatan Digital Bakal Berkuat Kuasa Bermula 1 Januari 2020