Google baru-baru ini melalui enjin cariannya telah menimbul kontroversi serta membuatkan para peminat tertanya-tanya apabila menyertakan Hugh Jackman yang terkenal dengan watak Wolverine sebagai barisan pelakon dalam filem Avengers: Endgame yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Sesetengah pengguna Twitter menyatakan bahawa jika anda menaip “famous Hugh Jackman movies” ke Google, hasilnya akan menunjukkan filem seperti The Greatest Showman, The Prestige serta Avengers: Endgame.

Daiichi First 7 Plus Car Seat – Copy
HYPE
Kerusi Kereta Bayi Daiichi Lengkap Dengan Ciri Keselamatan Terbaik Pilihan Ibu Bapa
Baca lagi →

Walaubagaimanapun, ini bukanlah pertama kali Google melakukan kesilapan dengan mengkredit sesuatu filem dengan mana-mana pelakon. Rata-rata peminat berasa kecewa dengan tindakan Google yang melakukan kesilapan tersebut.

Selain itu, Google turut membuat kesilapan yang sama apabila menyatakan Josh Brolin yang melakonkan watak Thanos telah berlakon dalam Aquaman arahan James Wan.

Presiden Marvel Studios Kevin Feige juga menegaskan bahawa dia masih belum mempunyai apa-apa tugas kerja untuk X-Men atau Fantastic Four, maka kameo Wolverine mungkin tidak akan muncul lagi sehingga perjanjian Fox-Disney diselesaikan sepenuhnya.

Dalam temubual Februari 2017 bersame Screen Rant, Jackman telah pun mengatakan bahawa dia telah melakukan peranannya dan telah melakukan perlawanan terakhir memegang watak Wolverine di dalam filem Logan serta merasakan ianya merupakan masa yang tepat untuk meninggalkan watak tersebut, lagi-lagi beliau telah memegang watak tersebut sejak tahun 2000 lagi.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Anda Mungkin Suka