Pernahkah anda membayangkan situasi dimana anda dibuang kerja kerana tidak cukup kompetitif untuk terus kekal di dalam syarikat. Kerja yang semakin bertambah serta masalah stress mungkin antara yang mendorong anda untuk meninggalkan syarikat tersebut.

Situasi ini ternyata berlaku di syarikat yang menjadi idaman ramai iaitu Google. Implikasi pembuangan syarikat ini ternyata turut menjejaskan Google dimana bekas pekerja mereka telah memberikan komen yang negatif tentang pengalaman bekerja di Google.

Android-Lollipop-at-Google-HQ

Bagi mengelakkan daripada syarikat ini terus menerima komen negatif daripada bekas pekerja, Google telah menghalang komen negatif daripada disiarkan bagi menjaga nama baik syarikat. Antara aplikasi dan laman web yang dihalang Google adalah Google Maps.

Siapa sangka syarikat yang berpengaruh juga tidak terlepas daripada masalah melibatkan para pekerja. Buat anda yang mempunyai syarikat dan mengalami masalah yang sama, ketahuilah masalah ini bukan sahaja berlaku di syarikat kecil malah syarikat besar seperti Google turut mengalami masalah yang sama.

Sumber