Segalanya jadi lebih mudah dengan adanya Google Translate. Andai ke negara luar, Google Translate adalah medium terbaik untuk mendapatkan translasi secara terus untuk sesuatu perkara.

Baru-baru ini, Google Translate telah beralih dari kaedah tradisional ‘Statistical Machine Translation’ kepada kaedah Terjemahan Mesin Neural (Neural Machine Translation, atau NMT) dan dengannya, membawa peningkatan kualiti yang besar dengan penggunaan rangkaian-rangkaian neural dalam untuk menerjemah seluruh ayat, berbanding hanya frasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tahukan anda penduduk Malaysia adalah antara pengguna Google Translate paling tinggi di dunia? Disebabkan itu Malaysia adalah antara key market untuk Google Translate menurut Julie Cattiau, Product Manager untuk Google Translate.

Kini, terjemahan Bahasa Melayu menerusi Google Translate disokong sepenuhnya oleh NMT, lantas meningkatkan ketepatan keseluruhan buat manfaat para pengguna. Bagaimana peningkatan kadar ketepatan translasi ini? Anda boleh rujuk pada gambar di bawah.

Google Translate Malay

Ini perbandingan translasi sebelum dan selepas sokongan GNMT. Hebat bukan? Ayatnya lebih teratur dan terjemahannya pun rasa lebih natural dan tidak awkward. Menurut Google, dengan pengenalan sokongan terjemahan mesin neural untuk bahasa Malaysia, ia kini menyokong lebih kurang 77 bahasa.

Untuk terjemahan lebih baik, Julie turut memberi tips untuk tidak mencampurkan bahasa. Contohnya biarkan semuanya dalam Bahasa Malaysia dan tidak bercampur dengan Bahasa Inggeris. Dengan adanya sokongan GNMT ini, Google akan membuat terjemahan dari konteks ayat dan justeru itu, maksud untuk terjemahan ini akan selari dan tidak memberi makna yang lain.

Layari Vocket

Buat masa ini, terjemahan dengan GNMT ini hanya terdapat secara online sahaja. Selepas ini barulah dapat terjemah ayat dengan lebih real. Taklah kantoi teruk anda guna Google Translate untuk menerjemahkan sesuatu.