Tidak tahu ingin bercuti di mana dan inginkan satu percutian yang penuh kelainan? Gopeng Glamping Park yang terletak di Perak ini merupakan destinasi yang sesuai untuk anda. Mula beroperasi pada 1 Oktober yang lalu, tempat ini mungkin belum lagi diketahui umum.

Anda yang ingin menikmati percutian bersama keluarga ataupun rakan-rakan dalam suasana yang berbeza dan ingin merasai pengalaman seperti berkhemah, Gopeng Glamping Park menyediakan tempat dan pakej dengan harga yang berpatutan.

Menariknya di Gopeng Glamping Park ini, lokasinya yang terletak berdekatan sungai membolehkan pengunjung yang menginap di situ bermandi-manda di situ malah boleh melakukan aktiviti lasak seperti white water rafting, waterfall abseiling, dan lain-lain.

42966963_998699346986908_4546643287099834368_n
Sumber: Facebook Gopeng Glamping Park
42977887_1714665978630931_2862348106509320192_n
Sumber: Facebook Gopeng Glamping Park

Pada waktu malam pula, para pengunjung boleh mengadakan aktiviti BBQ dan mungkin boleh mengadakan aktiviti di hadapan unggun api seperti dalam filem Camp Rock, menyanyi dan berborak untuk merapatkan lagi perhubungan.

Pastinya anda yang tidak mempunyai waktu bercuti yang panjang dan mahu lari dari hiruk pikuk kota, anda boleh ke Gopeng Glamping Park ini dan merasai sendiri pengalaman berkhemah dan mungkin mengembalikan nostalgia zaman remaja anda.

Harga penginapan di sini bermula dari RM128 sahaja. Bagi anda yang ingin suasana yang berbeza, bolehlah cuba menginap di Gopeng Glamping Park. Ayuh!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa tempat penginapan menarik yang mungkin boleh jdi pilihan untuk anda. 

The Maxwell Bus, Penginapan Unik Dikelilingi ‘Nature’ Di Perak Khas Buat Anda Yang Cari Ketenangan

Lihat Rupa ‘Jiran 58 Guesthouse’ Yang Diubahsuai Daripada Rumah Teres Lama

Puncak Bukit Berekeh Di Perak Hidang Pemandangan Indah Bak Awan Karpet