Sejak mulai PlayStation 5 dibuka tempahan pada bulan lalu, nampaknya orang ramai khususnya para gamer nampaknya sudah tidak sabar untuk menjadi yang terawal untuk memiliki konsol generasi terbaru daripada Sony ini.

Jika sebelum ini terdapat reseller yang sanggup menawarkan Sony PlayStation 5 dengan harga sehingga RM150,489, lain ceritanya pada kali ini apabila terdapat penjual yang menawarkan sekeping kertas dengan gambar Sony PlayStation 5. Menariknya, harga yang ditawarkan sama seperti yang ditawarkan oleh Sony.

Meskipun sudah diletakkan pada bahagian tajuk iklan di mana produk yang dijual hanyalah sebuah gambar Sony PS5 dan bukanlah konsol sebenar, masih terdapat pembeli yang gopoh tidak membaca deskripsi dengan betul lantas membuat pembelian. Hasilnya, sebuah gambar Sony PS5 telah terjual dengan harga bernilai $499 (RM2,030).

Penjualan gambar Sony PS5 ini secara tidak langsung telah menjadi perbualan netizen. Terdapat individu yang menyalahkan penjual dan tidak kurang juga yang menyalahkan pembeli kerana tidak membaca sebelum membuat pembelian.

Secara asasnya, penjual berkenaan tidak bersalah kerana sudah memaparkan tajuk yang tepat serta menyuruh untuk membaca deskripsi telebhi dahulu sebelum membuat pembelian.

Tular sebelum ini apabila seorang suami kantoi menipu isterinya dengan mengatakan membeli air purifier. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Kantoi Beli ‘Air Purifier’ Palsu, Isteri Minta Suami Jual Konsol PS5 Semula

Terima Tiga Minggu Lebih Awal, TMJ Muncul Individu Pertama Di Malaysia Memiliki PS5

Baru Sahaja Dibuka Tempahan, ‘Reseller’ Sudah Mula Jual PS5 Dengan Harga Sehingga RM150,489

Anda Mungkin Suka