Genap setahun selepas melancarkan GoPro Hero 5, GoPro selaku syarikat pioneer dalam penawaran action camera pada hari ini telah mengumumkan model terbaru mereka bagi siri Hero iaitu GoPro Hero 6.

Melalui pelancaran model terbaru ini, salah satu perkara yang menjadi perbincangan utama adalah processor GP1 terbaru daripada GoPro. Processor terbaru ini dikatakan bakal mengubah cara pengguna menggunakan produk mereka sekaligus membawa perubahan terbesar pada model terbaru GoPro.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dari segi rekabentuk, model keluaran tahun ini masih lagi berkongsi rekabentuk GoPro Hero 5. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut ada apa pada model terbaru, kami kongsikan kepada ada 3 perubahan yang dibawakan pada GoPro Hero 6.

3 perubahan terbaru GoPro Hero 6

1. Kualiti video

https-blueprint-api-production.s3.amazonaws.comuploadscardimage60357023780ce7-ed7e-4f78-b78d-9c3a1628398f

Kualiti pengeluaran video daripada produk keluaran GoPro sememangnya diakui terbaik untuk sebuah action camera. Melalui pelancaran model terbaru pada tahun ini, GoPro telah meningkatkan kualiti video model mereka membolehkan pengguna merakam video Full HD pada kadar 240 frame per second serta definisi 4K pada kadar 60 frame per second.

Peningkatan frame per second ini membolehkan pengguna mendapatkan video yang sangat smooth dan detail disetiap video yang dirakam.

2. Image Stabilisation

Screen_Shot_2017-09-29_at_7_16_43_PM

Sepanjang penggunaan kami menggunakan GoPro Hero 5, model ini jelas menawarkan kualiti video dan gambar yang baik pada pendapat kami. Masalah-masalah kecil seperti video yang dirakam dilihat sedikit bergegar antara yang dihadapi. Walaubagaimanapun, untuk tujuan mengambil gambar GoPro Hero 5 berjaya melakukan kerja dengan baik.

Terima kasih kepada processor GP1, GoPro Hero 6 dikatakan bakal meminimumkan masalah melibatkan gegaran sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan video yang tanpa gegaran seakan memakai gimbal. Tonton video dibawah untuk mengetahui perbezaan kualiti rakaman diantara kedua-dua model ini.

3. Lebih pantas

GoPro Hero 6

Processor yang tersedia pada Hero 6 turut membolehkan pengguna mengakses GoPro mereka dengan lebih pantas. Hal ini turut membantu pengguna memindah gambar melalui WiFi ke smartphone atau komputer dengan lebih pantas dan cekap. Sangat sesuai buat pengguna yang merakam video berdefinisi tinggi yang sudah pastinya hadir dengan saiz video yang besar.

Adakah berbaloi mendapatkan GoPro Hero 6?

IMG_5944_1800

Mendapatkan action camera atau GoPro Hero sudah pastinya anda seorang yang bakal menggunakannya untuk tujuan bergambar serta mengambil video. Bagi mendapatkan model yang sesuai dengan kegunaan anda kami bahagikan kepada dua kategori.

Sekiranya anda seorang yang mementingkan kualiti video pada definisi tinggi, jelas GoPro Hero 6 merupakan pilihan yang terbaik. Kebolehan untuk merakam definisi 4K pada kadar 60 frame per second berbanding model sebelumnya yang cuma boleh merakam pada kadar 30 frame per second jelas membuatkan GoPro Hero 6 future proof untuk kegunaan 3 tahun akan datang.

GoProHero6-buceo-1024×768

Walaubagaimanapun, sekiranya anda lebih menggunakan GoPro untuk tujuan bergambar serta tidak mahu berbelanja besar, GoPro Hero 5 merupakan pilihan yang berbaloi. Dari segi video, penawaran video Full HD pada kadar 120 frame per second sebenarnya sudah cukup baik memandangkan anda berpeluang untuk memuatnaik di YouTube padar kadar 60 frame per second sahaja.

Kedua-dua model ini hadir dengan tanda harga yang sangat berbeza. GoPro Hero 6 mula ditawarkan buat pasaran Malaysia pada harga RM2,388 manakala anda boleh dapatkan Go Pro Hero 5 pada harga RM1,599 dengan klik di sini. Perbezaan mencencah RM800 diantara kedua dua model ini juga mungkin antara yang perlu pertimbangkan sebelum mendapatkan model terbaru.

Dari segi spesifikasi lain, perubahan yang dibuat GoPro pada Hero 6 tidaklah terlalu besar sepertimana peralihan Hero 4 kepada Hero 5.

Baca lagi: Travel Solo Dan Rakam Gambar Menarik Tanpa Selfie, Gadis Ini Kongsi 6 ‘Trick’ Beliau

Sumber