Masih ingatkah anda sewaktu kamera aksi GoPro menjadi trend suatu ketika dahulu. Seingat kami pada waktu itu GoPro Hero 3 dan Hero 4 antara yang menjadi fenomena dengan penawaran gambar wide dan kualiti video yang memukau.

Pada tahun ini, GoPro nampaknya ingin meneruskan trend yang sama dengan melancarkan Hero 7 pada akhir bulan ini. Model terbaru ini nampaknya tertiris lebih awal apabila model ini diiklankan pada sebuah kedai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Austin Mittelstadt

Setakat ini, GoPro masih belum mengongsikan sebarang pembaharuan yang dibawakan pada model terbaru mereka ini. Dari segi rekaan jelas GoPro Hero 7 masih lagi menggunakan rekabentuk yang sama seperti Hero 5.

Buat anda yang sudahpun lama menyimpan hasrat untuk mendapatkan GoPro dan bakal mendapatkannya tidak lama lagi, mungkin mendapatkan model terbaru ini antara pilihan yang berbaloi.

Sumber