Setahun berlalu dan nampaknya GoPro pada tahun ini telah melancarkan model terbaru mereka Hero 8 Black. Model terbaru ini hadir dengan beberapa perubahan daripada model sebelumnya serta menawarkan kualiti kamera dan video yang lebih baik.

Menerusi model terbaru ini, GoPro Hero 8 Black dilengkapi dengan Media Mod dimana para pengguna berpeluang menambah pelbagai aksesori seperti skrin LCD tambahan, lampu LED serta tripod dengan mudah. Model ini menyokong video sehingga 4K 60FPS dengan penyertaan lensa 12-Megapixel HDR.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
GoProHero8Black-4
Sumber: Trusted Reviews
gopro_hero_8_cover_1569935376043
Sumber: Gadgets NDTV

Fungsi yang paling menarik pada model ini sudah tentunya mod HyperSmooth 2.0 yang membolehkan para pengguna mendapatkan video yang stabil seakan menggunakan gimbal dengan jelas dan terang dalam resolusi 4K 60FPS. Fungsi TimeWarp 2.0 pula diperkenalkan bagi mendapatkan video slow motion yang lebih menarik.

Dari segi harga, GoPro Hero 8 sedia dijual dengan harga $399 (RM1670.81) manakala aksesori tambahan dijual secara berasingan. Sekiranya anda seorang yang mahu merakam travelog serta aksi yang ditampilkan, model terbaru ini mungkin antara yang boleh didapatkan. Anda boleh tonton dibawah untuk melihat sendiri kualiti video GoPro Hero 8 Black.

Kami kongsikan kepada beberapa artikel lain berkaitan kamera aksi menampilkan pesaing GoPro iaitu DJI Osmo Action. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

DJI Lancarkan Osmo Action, Pesaing Utama GoPro Hero 7

Instagram Stories Kini Boleh Dikongsikan Secara Terus Melalui GoPro