Mula aktif melancarkan siri Hero hampir sedekad lalu, jenama GoPro terus menjadi pilihan orang ramai dalam mendapatkan action camera yang berbaloi dan berkualiti tinggi.

Pada tahun ini, GoPro sekali lagi bakal melancarkan model terbaru mereka iaitu GoPro Hero 9 Black. Menerusi model kali ini, GoPro Hero 9 bakal disertakan dengan skrin hadapan yang lebih baik dalam memudahkan pengguna.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

More-GoPro-Hero-9-Black-camera-leaks-rumors

Mengulas mengenai kualiti video, GoPro Hero 9 turut meningkatkan kualiti video mereka dengan penyertaan sokongan resolusi sehingga 5K pada 30fps. Bukan itu sahaja, para pengguna turut berpeluang merakam resolusi 4K pada 60fps dan 1080p pada 240fps.

Penyertaan kamera 20-megapixel turut membolehkan pengguna merakam live streaming pada resolusi 1080p. Sokongan kalis air sehingga 10 meter masih lagi dikekalkan.

Sebuah lagi teknologi baharu yang bakal diperkenalkan adalah HyperSmooth 3.0 dimana para pengguna berpeluang merakam dengan lebih baik seolah menggunakan gimbal.

200905-gopro-hero-9-black-roland-quandt-battery

Perkara yang diimpikan pengguna GoPro iaitu sokongan bateri yang lebih besar turut diberi kemas kini pada model terbaru ini. Jika sebelum ini para pengguna sekadar perlu berpuas hati dengan bateri 1,220mAh, model terbaru ini bakal dikuasakan dengan bateri berkapasiti 1,720mAh.

Penyertaan charging dock turut membolehkan pengguna mengecas dua bateri secara serentak. Setakat ini masih belum diketahui tarikh pelancaran rasmi bagi GoPro Hero 9 Black. Dalam pada itu, melihat kepada ura-ura model terbaru GoPro ini, Hero 9 Black sememangnya berbaloi untuk dinantikan dan didapatkan buat peminat GoPro.

Ketahui juga mengenai kisah anak Malaysia yang berjaya dipilih sebagai pemenang cabaran Million Dollar GoPro. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Video Anak Malaysia Ini Dipilih Antara Pemenang Cabaran Million Dollar GoPro

Mengapa GoPro Tidak Lagi Mahu Mengeluarkan Dron Terbaru

Anda Mungkin Suka