Menyebut tentang action camera, sememangnya GoPro merupakan jenama yang mula berada di fikiran. Kualiti dan ketahanan yang ditawarkan buat jenama ini antara yang membuatkan jenama ini tampil sebagai pioneer di dalam action camera.

Terbaru, GoPro telah melancarkan sebuah lagi model terbaru iaitu GoPro Hero. Model ini dilancarkan sebagai pilihan yang lebih mampu milik berbanding model GoPro Hero 6. Dalam pada itu, siapa sangka model yang ditawarkan pada harga RM949 ini tidak mampu menawarkan kualiti yang menarik.

Dari segi spesifikasi, GoPro Hero dilengkapkan dengan lensa 10-megapixel serta membolehkan anda merakam dengan kualiti 1440p pada kadar 60 fps. Meskipun tidak dilengkapkan dengan rakaman 4K, pada kami ianya sudah cukup baik untuk GoPro versi ‘budget’.

Lebih menarik, GoPro Hero tidak lagi memerlukan anda mendapatkan waterproof case serta membolehkan anda terus menyelam bersama dengan kedalaman 10 meter. Skrin sesentuh, arahan melalui suara dan image stabilisation antara yang dilengkapkan pada model ini.

Adakah berbaloi? 

GoPro Hero

Sekiranya anda seorang yang mahu menggunakan GoPro secara santai untuk berkongsi bersama rakan-rakan di media sosial, mendapatkan GoPro Hero sudah cukup memadai berdasarkan tanda harga RM949.

Kualiti rakaman sehingga 1440p boleh dikatakan agak tinggi dan cukup baik untuk dikongsikan di Facebook, YouTube dan Instagram memandangkan masih ramai pengguna yang tidak menonton video di dalam resolusi 4K.

Dalam pada itu, sekiranya anda ingin serius dalam dunia vlog, mendapatkan GoPro Hero 6 pastinya pilihan yang lebih berbaloi untuk jangka masa panjang.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan GoPro Hero, adalah lebih baik untuk tonton review daripada YouTuber ini terlebih dahulu. Katanya, kualiti yang ditawarkan tidak jauh bezanya dengan GoPro Hero 5.

Buat anda yang berminat untuk menjadi yang terawal mendapatkan GoPro Hero, anda boleh dapatkannya di Lazada dengan harga RM949. Lebih menarik, GoPro turut menawarkan latihan percuma bernilai RM399 beserta Kad MicroSD 32 GB untuk masa terhad ini. Klik di sini untuk mendapatkannya.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤