Sekiranya anda menantikan masa yang sesuai dan promosi terbaik untuk mendapatkan GoPro Hero mungkin inilah masanya.

Terbaru, pengedar rasmi GoPro Funsportz sedang menawarkan promosi hebat dimana anda berpeluang trade in kamera lama anda kepada GoPro Hero dengan hanya RM699 sahaja.

Berdasarkan syarat dinyatakan, kamera yang boleh ditukar tidak kira kamera kompak mahupun telefon pintar lama anda yang mempunyai kamera. Promosi trade in ini telah ditawarkan di dua outlet rasmi Funsportzcycles yang berada di Sunway Pyramid dan Midvalley.

Dari segi spesifikasi, GoPro Hero dilengkapkan dengan lensa 10-megapixel serta membolehkan anda merakam dengan kualiti 1440p pada kadar 60 fps. Meskipun tidak dilengkapkan dengan rakaman 4K, pada kami ianya sudah cukup baik untuk GoPro versi ‘budget’.

Lebih menarik, GoPro Hero tidak lagi memerlukan anda mendapatkan waterproof case serta membolehkan anda terus menyelam bersama dengan kedalaman 10 meter. Skrin sesentuh, arahan melalui suara dan image stabilisation antara yang dilengkapkan pada model ini. Tonton review dibawah terlebih dahulu sebelum mendapatkannya.

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia

https://youtu.be/SuC_bj23iYE

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

GNR_Vocket_20x30in

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!