Menurut laporan sebuah akaun di laman Twitter iaitu @Eater, chef selebriti terkenal, Gordon Ramsay dikhabarkan akan tampil dengan rancangan televisyen terbaharu iaitu “Gordon Ramsay: Uncharted” tahun hadapan.

Rancangan ini bakal membawa Gordon untuk mengembara ke serata dunia dan mempelajari pelbagai jenis masakan tradisi negara-negara yang dikunjungi. Difahamkan akan terdapat satu slot yang akan memberi ruang kepada Gordon untuk berentap dengan chef tempatan untuk memasak hidangan tradisi di negara tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walaupun rancangan ini belum memasuki fasa produksi, tetapi ianya sudah menerima kritikan daripada peminat Gordon yang bimbang idea tersebut akan menimbulkan isu sensitif kerana ‘pertandingan’ antara Gordon dan chef tempatan bakal membuat masyarakat setempat berasa Gordon sedang mengajar mereka untuk memasak hidangan tradisi di tempat sendiri.

Peminat ercaya bahawa idea ini amat bertentangan dengan personaliti Gordon yang amat menghormati resipi tradisi sesuatu tempat. Bagaimana agaknya kesudahan rancangan ini nanti.