
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Berikutan dengan isu rendang ‘crispy’ yang tular semalam nama Gordon Ramsay turut disebut-sebut para netizen sebagai salah satu contoh chef terbaik.
Pada tahun 2013 yang lepas Gordon Ramsay pernah datang ke Malaysia untuk belajar memasak juadah tradisi Malaysia seperti rendang cara tradisional daripada pemilik restoran Aunty Aini’s Garden Cafe di Negeri Sembilan.
Gordon Ramsay yang terkenal dengan kelantangan bersuara dalam memberikan komen ‘pedas’ mengenai masakan lebih-lebih lagi dalam rancangan realiti Hell’s Kitchen berubah menjadi seorang yang patuh dan merendah diri sebaik sahaja beliau belajar untuk memasak rendang.
Gordon Ramsay juga kelihatan mula menyesuaikan diri dengan gaya memasak ala tradisional Malaysia yang terbiasa dengan sukatan ‘agak-agak’ berbanding dengan cara beliau yang begitu terperinci.
Isu rendang ‘crispy’ semalam turut mendapat perhatian chef selebriti yang terkenal di Malaysia, siapa lagi kalau bukan Datuk Redzuawan atau Chef Wan. Beliau aktif bersuara di laman Instagramnya dengan memuat naik gambar dan menyuarakan pendapat beliau di ruang caption yang meminta agar John Torode dan Gregg Wallace meminta maaf dan jangan bersikap ego.
Siapa yang terpengaruh untuk memilih nasi lemak rendang untuk sarapan pagi ini, kita geng. Kami sudah, anda bila lagi?