Kehidupan remaja di Russia masih dibelenggu dengan sejarah masa silam dan mereka kini sedang ke arah kemodenan. Suara anak muda Russia kini diwakili oleh seorang pereka fesyen yang kini sedang hangat di pasaran antarabangsa, Gosha Rubchinskiy.

Gosha bermain dengan gaya pemakaian ‘post-Soviet’ yang popular di Russia dan mengetengahkan gaya berkenaan ke dalam industri high fashion. Secara tiba-tiba, gaya yang dibawakan Gosha kini menjadi rebutan dan ikutan peminat fesyen di seluruh dunia. Gosha juga sudah berkolaborasi dengan jenama besar seperti Burberry,Reebok serta Adidas ketika ini.

GOsha

gosha1

goshaa

Pendekatan Gosha berlainan dengan pereka-pereka fesyen yang lain kerana beliau lebih gemar memilih model di kalangan rakyat Russia yang memiliki wajah dan penampilan true Russian. Gosha tidak gemar dengan stigma wajah perfect man/woman dalam dunia fesyen.

Untuk koleksi musim Bunga/Panas 2017, Gosha hanya ingin menggunakan remaja Russia sebagai modelnya. Satu casting telah dijalankan dan hampir 8,000 remaja Russia membuat permohonan dan hasilnya, Gosha dapat mencari model yang beliau inginkan untuk memperagakan koleksi pakaiannya.

justin gosha
Justin juga antara peminat jenama ini

Gosha dianggap sebagai wira baru bagi generasi remaja Russia kerana beliau adalah ‘jambatan’ bagi anak muda Russia berhubung dengan dunia luar. Dunia selalu sahaja skeptikal dengan negara Russia dan Gosha lah individu yang ingin mengubah pemikiran ini.

Dengan World Cup 2018 yang akan berlangsung tahun hadapan di Russia, Gosha sudah sedikit sebanyak membuka mata culture dan gaya anak muda di sana. Mereka bukan lagi negara Soviet yang ortodoks. Generasi muda mereka kini lebih matang dan terbuka dengan perubahan. Gosha tahu, generasi muda yang sekarang inilah yang akan membentuk Russia di masa akan datang.

Terima kasih juga kepada Gosha Rubchinskiy, gaya post-Soviet juga kini menjadi fenomena di seluruh dunia. Jenama sukan seperti Fila dan Kappa turut meningkat naik selepas membuat koleksi khas dengan Gosha. Peminat fesyen dunia dahagakan gaya yang unik dan Gosha tahu apa yang mereka mahu.

Sumber